cakapcakap hari ini. .

Posted by : normazuin jamaludin at 1:42 AM 0 Comments

dengan nama Allah yang Maha Pengasih. .

cakap cakap hari ini -------->


that is true right??
siapa yang kata senang nak lupa orang yang pernah wujud dalam hidup kita sila angkat ibu jari kaki. .
.
.
.
.
hah tengok!!
sorang je yang angkat. .
&& orang tuh adalah orang gila yang takde perasaan kot aku rasa. .
or mungkin jiwa kacau setelah kena tinggal. .
atau mungkin otak dia dah sengal sengal ubi selepas hentak kepala kat dinding akibat dari frust yang melampau. .
ouh mungkin aku dah start mengarut. .

bagi aku. .its take almost 1 or 2 decades or the whole life to forget that such things. .
wow. . .sakit tuh. .
hehe. .
just imagine lah kan bape lama nya lahai. .


adios!!




:: till pingu meet cadbury ::

tabik springgggg!!! (^_^)v

Posted by : normazuin jamaludin at 12:30 AM 4 Comments

dengan nama Allah yang Maha Pemurah. .


alhamdulillah ya Allah. .
terima kasih Allah. .
HARIMAU MUDA memang terbaikkkkkk!!!


inilah dia barisan skuad harimau muda yang mengaum gila dahsyat kat Indonesia yang juga mengharumkan nama Malaysia di depan Indonesia yang sememangnya memandang rendah kat pasukan ini. .
wahhhh!! ini siyes bangga seyh!!

rasanya bukan aku sorang kot yang bangga kan diorang ni. .berjuta rakyat malaysia juga same macam aku skang nie. .
alhamdulillah sekali lagi. .
berbaloi aku ngadap tv sambil terangkat2 kaki yok2 macam aku yang sepak bola dengan akak kesayangan aku yang masih dalam pantang yang aku rase dia pon terlupa yang dia dalam pantang sebab ikot sama menjerit plus terangkat2 kaki. .
hahahah!!. .

lagi satu. .
ini cuma pandangan aku saje kot. .
Allah sekarang bayar cash. .
Maha Adil. .
macam mane "BAIKNYA" rakyat indonesia layan pasukan negara kita kat sane && sekarang diorang yang mendapat. .
bukan nak mengata plus mengutuk. .
tapi kenyataan. .
sedarlah wahai indonesia. .kat malaysia jugak orang2 kau carik makan. .

tapi adatlah kan. .dalam pertandingan cuma 1 pemenang && menang kalah adalah usaha sendiri && takdir dari Allah swt. .

tahniah lagi sekali kepada semua pemain Malaysia!!
KFCM, Mohd Muslim, Badrul Bahtiar && lain2. .you are the best ever!. .

rakyat mencerminkan negara!
majulah sukan untuk negara!!! yeah!! (semangat sungguh)

adios!!

p/s; jangan malam ni aku ngigau sepak bola sudahlah. .huhu~



:: till pingu meet cadbury ::



good luck!! (^_^)v

Posted by : normazuin jamaludin at 12:26 AM 0 Comments

dengan nama Allah yang Maha Pemurah. .


just short post to wish all SPM candidates ::



good luck dude!!
try your very best!!

tips ::

do;
1--study & pulun habis habisan. .
2--solat yg wajib jangan tinggal tepi jalan. .
3--doa banyak banyak kasi tenang hati & dipermudahkan. .
4--tawakal. .

don't;
1--study last minit. .
2--tension yang melampau nanti boleh hilang ape yang dah study. .
3--overconfident. .
4--tidur lambat. .
5--cek jawapan dengan kawan. .lets bygone be bygone oke. .

amalkan;
----> baca surah yassin setiap hari. .setiap kali terjumpa ayat (mubiiin) yang ada dalam yassin tuh disyorkan berhajat atau berdoa. .


lastly. .
buat yg terbaik!!
caiyokkkkk!!


:: till pingu meet cadbury ::



dislike button adalah perlu di facebook~

Posted by : normazuin jamaludin at 1:21 AM 0 Comments

dengan nama Allah yang Maha Pemurah. .

hai readers. .
jom lepak lepak. .hehe. .
lepak sambil makan choki choki nak?. .
aku ada banyak choki choki ni. .siapa nak sila angkat ibu jari kaki belah kanan!!. .hehe
eh. .alamak!! choki choki habis bro. .

oke cukup intro yang tomei. .tomei ke?hehe
macam yang kita tahu kan facebook sangat sangat lah famous sekarang ni. .
termasuklah aku jugak yang always nak tengok itu ini. .update itu ini. .
korang pon kan?

biasanya segala status yang di update mesti keluar kat wall setiap friend kita kan?
&& masa tuh jugak ada yang suka menge-like status yang di update atau apa apa lah yang boleh di like nya. .
tapi kenapa ye tak ade button or icon dislike?
memanglah ada rasionalnya tak ada icon ni. .

tapi kadang kadang kalau ada situasi macam ni----->

''status sipolan binti sipolan; haiew ape citew wargew2 fesbuk arie niew,,sayew hope semuew shart jeww. .''


ouh. .euwww. . .annoying lah baca. .tak nak baca pon sebenarnya tapi masalahnya dah ternampak kat wall kan. .
yang nie serius nak tolong dislike kan. .macam orang tak ada gigi lorhhh~


ada jugak yang macam ni ::

''status sipolan bin sipolan; ayg. .anje rindu kat ayg. .ayglah segala2 nya bagi anje. .anje syg ayg cgt2. .muah!''

ouuuhhh. .romantiknya korang! sumpah!!. .haiyoo. .tapi tak payah kot nak show off sangat kat facebook tuh. .macam korang je yang ada awek or pakwe kan??
kalau dah kahwin takpelah. .memang tak kisah sebab memang dah sah ikatan diorang tuh. .ini baru ubi nak hidup aku tengok. .esok tiba tiba putus tak ke malu sendiri. .
boleh je nak buat status macam nie tapi tapis sikit. .tak pon send mesej je sudah kat orang yg kita sayang. .tu dah cukup dah. .
fikir dulu sebelum buat status macam ni oke. .kalau ada button dislike aku orang pertama yang klik. .bukan jeles or apa tapi that's annoying lah dude. .


&& banyak lagi situasi yang rasa nak meng-dislike je status yang keluar kat wall. .
nak cerita pon annoying kot. .

ini bukan jeles or apa. .memang masing-masing punya hak nak post apa kat wall diorang kan. .
tapi aku rasa facebook sangat terbuka && semua orang akan tahu apa yang kita post. .
so apalah salahnya kita post yang elok-elok yang enak dibaca. .
tak adalah orang nak cari cari button dislike yang memang tak ada tu kan. .
engatlah ye, status yang kita post melambangkan macam mana diri kita. .

fikir fikirkanlah sendiri. .
bukan nak mengutuk sesiapa tapi cuma nak berkongsi cerita. .


engat oke. .status melambangkan diri kita so just behave in what you want to post. .


oke. .cukuplah. .
adios!!!



:: till pingu meet cadbury ::




resepi cikpingu : kek batik full of love (^_^)v

Posted by : normazuin jamaludin at 10:56 PM 0 Comments

dengan nama Allah yang Maha Pengasih

hello dear diary. .
malas nak intro panjang lebor + mengarot bagai. .
just straight to the point oke?
hehe. .

actually petang tadi rasa nak makan kek batik so try2 lah buat. .
eh2. .jadi lah pulak kan && mak abah tercinta cakap sedap && dah boleh bukak kedai kek batik. .then siap soh jual kain batik lagi tuh. .hahaha. .

jom try buat jugak!!
-
-
-
firstly sediakan bahan bahan nya lah kan ::

1) 1/2 buttercup
2) 300 gram milo
3) 1 tin susu pekat
4) biskut marrie brand tak kesah. .ape ape pon boleh. .


cara-caranya ::

1) panaskan periuk atau kuali di atas dapur (basic nih perlu mention jugak huhu)
2) masukkan buttercup dan kacau sampai cair.
3) masukkan 1 tin susu pekat manis berkrim nyum2 && still kacau sampai sebati. pastikan api  
    still on && kecil.
4) masukkan 300 gram milo && still kacau sampai lumat sebati.
5) masukkan biskut marrie yang telah di patah riuk kan jadi bentuk yg lebih kecil && 
    kuantiti biskut boleh terpulang pada empunya badan nak letak banyak atau sikit. then  
    kacau sampai sebati.
6) matikan api && masukkan adunan tadi ke dalam loyang ataupun bekas yang besar.
7) ratakan adunan dalam loyang atau bekas & masukkan dalam peti ais selama 20 ke 30 
    minit..
8) kek batik siap sedia untuk dimakan nyum2. .


okeyh. .
selamat mencuba. .

p/s; sedang makan kek batik yang semanis saya. .uhuks!! (memerasankan diri)



:: till pingu meet cadbury ::




ohhh kereta idaman. .datanglah padaku~~

Posted by : normazuin jamaludin at 11:23 PM 2 Comments

dengan nama Allah yang Maha Pengampun. .

hai . .hai. .&& hai dear diary. .
memalam yang sejuk && ditemani bunyi-bunyi katak yang tak reti penat panggil hujan nie alangkah indahnya kalau dapat memejamkan mata atas tilam yang empuk berselimutkan gebor (in jawa) @ selimutlah kan. .hehe. .
tengah dok sedap-sedap melayan perasaan sambil dengar lagu korea tetiba terberangan yang ini---------> kereta lembu idaman. . .

wahah!! ini dia kereta yang aku dok berangan-berangan kan tuh. . 
tadaaaaaa!!!!!

mini cooper cabrio


hahah!! smart tak? smart tak? smart x?
inilah yang diidam-idamkan tuh yang kononnya boleh dapat 10. .
lebih kan? tinggi cita-cita kan?. .lesen pon tak lepas lagi dah berangan mini cooper. .huh. .hampeh. .kuhkuh. .
tapi tak kesah lah kan. .mana tahu berangan-berangan tetiba jadi kenyataan. .wahh. .seronok neronok lah masa tuh kan. .aiyoo berangan lagi sudah. .
aku suka tengok kereta nie. .seriously 1st time nampak masa aku kat kolej uitm. .gila dahsyat student tuh dah pakai kereta tuh. .tapi no wonder lah sebab dia pon nampak macam loaded semacam je. .kalau kereta dia lalu sebelah aku yang hari-hari cuma jalan kaki nak gi kelas perhhhhhhhhhh tak berkelip mata tengok kereta dia. .opsss! bukan jakunis oke cuma terpegun tengok kereta idaman. .ofkoslah kan kereta aku pulak dia curik. .hahahaha. .perasan lagi. .
hope sangat malam nie aku mimpi bawa kereta mini cooper kesayangan together-gether sekali ngan mak bapak aku kat sebelah. .huhuiii. .syook gitu. .

oke stop sini. .
hanya mau berkongsi bukan mau langsi ma. .
anda pula bagaimana kereta idamannya??
hehe. .
adiosta!!


p/s; dream your dreams which a size too big and then you can grow into them. .lets go dreaming!!ahaks!!



:: till pingu meet her mini cooper ::


patut ke aku panggil kau SAHABAT @ KAWAN ??

Posted by : normazuin jamaludin at 1:36 AM 2 Comments

dengan nama Allah yang Maha Penyayang. .

hari ini cukup seminggu bertapa di rumah manis rumah setelah 2 tahun setengah bertarong mendapatkan segulung diploma. .
ouuhhh. .
sakitnya bila fikirkan segala susah payah, segala yang pahit-pahit. .
sehinggakan aku hilang seseorang yang aku panggil kawan dahulu. .tapi tidak sekarang. .
oke tak mau cerita yang ini. .

Alhamdulillah aku berjaya lepas segala susah payah itu. .
&& sekarang cuma menunggu saat-saat result exam keluar. .&& ini adalah scary oke. .
sebabnya this is my last result to make sure either aku dapat grad on time or tak mau cakap yg ini jugak. .paham2 oke. .

selama 2 tahun setengah ini juga aku dikelilingi orang-orang yg sentiasa memberi semangat selain family aku sendiri. .
bila jauh dari family tercinta. .
orang-orang ini juga yang selalu ade time susah senang. .
orang-orang ini juga yang selalu membuat aku ketawa. .
orang-orang ini juga yang menjaga aku time aku sakit. .

siapa orang-orang tu??
orang-orang itu adalah yang aku panggil kawan. .
yang aku panggil sahabat. .
yang aku panggil teman. .

walaupun kadang-kadang kita tak sependapat. .
walaupun kadang-kadang kita bermasam muka sesama sendiri . .
tapi itu tak lama. .
sebabnya kau yang aku panggil sahabat tak akan biarkan gadoh-gadoh yg dalam jangka masa yang lama. .
sebabnya kita perlukan satu sama lain. .

ada satu pepatah kata. .pepatah kot. .huhu. .boyfriend or girlfriend bila hilang boleh dicari. .tapi kalau kawan, susah nak dicari yang betul-betul boleh digelar kawan. .
kan3??
bukan nak kata boyfie or gurlfie itu tak penting bagi yang dah berpunya kan. .
hah. .camnie2. .kawan didahulukan boyfie or gurlfie diutamakan. . .ahah!! 
boleh kan?. .

terima kasih sahabat. . terima kasih kawan. .
yang sentiasa menjadikan 2tahun setengah tu lebih bermakna. .
sumpah aku sayang kamu kamu giler nak mati. .
&& aku tak akan lupakan kamu kamu walaupun kita terpaksa berpisah untuk teruskan perjuangan kita sebagai student. .

so patut ke aku panggil korang sahabat?????


ya!! sangant-sangatlah patut!!. .sebab kamu kamu sahabat aku yang tak ada gantinya oke. .


ikhlas dari hati yang tulus~~


tinggal kenangan~ going to miss all of you. .






p/s; friends are like balloon. .if you let them go, you can't get them back. .so i'm going to save you in my HEART so i was never loose you. .(^_^)v
friend till end!!




:: till pingu meet her bestfriends eva ::