ohhh~~kaum hawa sekalian umat

Posted by : normazuin jamaludin at 1:26 AM 3 Comments


hawa,
andai engkau masih remaja, jadilah remaja yang solehah buat kedua ibubapamu.
andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu.
andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Ad-Din ALLAH.

hawa,
andai engkau belum berkahwin, jangan risau jodohmu.
ingat janji ALLAH,,lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
jangan dimulakan pertemuan dengan lelaki bukan muhrim kerana dikhuatiri dari mata jatuh ke hati, maka lahirlah senyuman, tercetuslah salam & sekaligus disusuli dengan pertemuan. takut nanti lahir nafsu kejahatan yang menguasai diri.

hawa, 
lelaki yang baik tidak memandang paras rupa.
lelaki yang soleh tidak memilih keseksian.
lelaki warak tidak menilai keayuan serta kemampuanmu yang menggoncang imannya.
tetapi. .dia menilai akhlak, peribadi & yang penting adalah agamamu.

hawa,
lelaki yang baik juga tidak ingin pertemuan dengan bukan muhrim.
kerana takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
lelaki yang baik juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu matlamat dalam pertemuan lelaki & wanita iaitu sebuah perkahwinan.

oleh itu hawa,
jagalah pandanganmu. .awasilah auratmu. .
peliharalah akhlakmu. .kuatkan pendirianmu. .
andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta dengan ALLAH memenuhi kekosongan jiwamu.
biarlah cinta kedua ibubapamu memberi hangat kebahagiaanmu.
cukuplah sekadar cinta keluarga & sahabat sahabatmu.


perkongsian bersama~~
sama sama kita renungkan ye wahai hawa sekalian umat. .
nobody perfect including me myself. .







:: till pingu meet cadbury di hari raya ::