eksiden depan mata. .ouh. .itu scary~

Posted by : normazuin jamaludin at 1:40 PM 1 orang makan cadbury

dengan nama Allah yang Maha Pengasih. .

assalamualaikum (;
hai readers !. .rasanya macam dah berhari2 aku tak update hape2. .
well. .kadang2 mood tak ada. .kadang2 penyakit abg 'M' a.k.a malas rajin datang menjengah berhari hari tak mau pergi jauh2. .kadang2 nie. .kadang2 tu. .
aish. .banyak tol kadang2. .

oke harini aku just nak kongsi cerita je ngan korangkorang. .
korangkorang mesti pernah kan tengok eksiden depan mata sendiri or korangkorang yang eksiden kat jalan raya yang banyak kete, lori, bajak, semut, UFO && seangkatan dengan nya lah kan. .eh semut?
weh semut pon melintas jalan tau. .mati tak mati je. .

ish cerita pasal eksiden nie scary lah. .mintak dijaohkan kan? kan2?
tak tahulah kalau korang yang mintak nak eksiden. .yelah bawak kereta macam hantu india. .bawak motor macam hantu cina. .haiyoo. .manyak susah maa. .carik pasal itu namanya. .
macam pagi tadi. .aku entah kenapa harini agak kerajinan pagipagi bangun awal pergi ekot Datok Jamaludin check in kan adik bongsu aku yang manja ala2 ubi sawan masuk sekolah menengah. .wah. .dah besar rupanya adik aku. .**barusedarakumakintua. .
dipendekkan cerita, masa on the way pergi ke bandar selepas check in kan adik aku tuh, tengah dok syok2 aku melayan perasaan dengar lagu OST ombak rindu yang agak kejiwangan disitu tibatiba. . .

gedebang kebabowwww!!!!!! **soundeffect

hilang ombak rindu aku dek terkezuuuuttt yang amat. .

lori bertembung kereta. .eh. .lori melanggar kereta. .eh kereta langgar lori. .semut langgar siput eh. .entah. .tak sure sebab tak ada playback. .
ini scary oke. .
eksiden nie berlaku kat jalan bertentangan. .
pakcik lori tak apa-apa aku rasa sebab dia bawak lori yang besar & kebal. .ofkoslah tak apa-apa kan. .
yang bawak kereta & dilanggar pulaknya seorang pakcik yang aku agak umurnya sebaya Datok J aka Datok Jamaludin tapi tua sikit. .
sadis aku nampak pakcik tuh yang muka sangat lah takut & menahan sakit. .
syukur pakcik tuh masih bernyawa. .

so masa tu aku start lah buat assumption yang agak hyperbola pasal eksiden tuh sebab tak tahu siapa yang salah. .
lori yang salah lah kot sebab kejar lampu hijau yang sipi2 nak ke merah. .
huh bahayalah lori nie !! kau kan besar. .bagi laluan pada yang kecik cemetot . .
huffffsssttt !! aku sangatsangat lah takot kalau belajar bawak kereta pastu kat sebelah ada lori. .memang aku menjerit tak pasal lah kan. .padahal nothing happen pon. . 

sebagai pengajaran, kat jalan raya janganlah kita berlagak bagus && power rangers. .ingat satu sama lain. .hati-hati && berhemah itu perlu oke. .tapi janganlah kau dok bawak macam kurakura nak mati. .marah orang lain kang. .jalan tu bukan jalan kita sorang oke. .ikut undang2 jalan raya. .kan dah besar kan? dah ada otak && boleh think2 lagi. .
so whatever it is korangkorang jaga diri korang. .tak mau eksiden2 nie. .bahaya u'olls!!. .

alah. .tak rock ar der bawak skema skema ni. .weh !! nak rock sangat bawak lah oke. .aku tak ada hal lah. .tangan putus, kaki kat kepala, kepala kat kaki ke korang yang tanggung. .aku cuma nasehat. .nasehat kan bagus. .boleh sehat tubuh badan. .tak caye? trylah oke !. .

satu lagi pesanan khas dari aku yang manis2 ayu ni. .**kausukaperasan
helmet & tali pinggang harus pakai oke ! biar skema badut ! janji kau hidup selamat !!
pandu cermat ! jiwa selamat !!
renung2kan && selamat berhatihati !!
adios!!



:: till pingu meet cadbury ::




lupa lagi ~

Posted by : normazuin jamaludin at 11:22 PM 0 Comments

dengan nama ALLAH yang Maha Mengetahui. .

hai kamoo kamoo yang shomel2 && hensem2 lagi macho. .
harini mood tengah rajin nak meng update kan belog lah konon nya ni. .
tapi jaoh2 kat dalam hati memang malas nak mampuih lah kan. .asal nak update je lupa nak tulis apa. .tu lah penyakit yang makin kronik yang tengah melekat ketatketat kat aku ni. .haiyoo. .manyak makan itu semut api lorh~

oke lupa lagi nak tulis apa ~~~

eh apa sebenanya nak tulis tadi??

citer pasal snow white ke??

eh bukan. .

citer pasal mamat korea yang hensem && jambu ke??

eh bukan. .

ke citer pasal aku yang manis2 ayu macam cokelat ni??

eh ye kot. .eh?? macam bukan. .

 entahla. .

lupa lagi~~

penyakit datang balik!! lariiii!! ..

vengong melanda diri. .

oke malas nak hengat !! 

kena tido 24jam baru engat balik kot. .

okebye !!

postpone nak citer ape. .

______offlineeee_______



amaran :: awas!! jangan tiru aksi ini kerana penyakit ini berjangkit !!



p/s; sebenanya tak lupa. .cuma tak hengat nak update apa plus otak tengah sengal-sengal ubi sebab belum hanta servis. . LOL~


:: till pingu meet cadbury ::


:: kemut a.k.a kedekutnya kau ::

Posted by : normazuin jamaludin at 12:30 AM 0 Comments

dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih. .

harini aku sedaya upaya segala tenaga yang ada untuk update diari tersayang nie. .
almaklumlah. .hari ni hari penat aku & hari mengantuk sedunia untuk aku sorang je. .hahah!

ada satu benda yang aku nak share. .
tadi aku agak terkilan lah dengan si orangorang sekeliling masa aku tengah tunggu turn belajar drive. .(ceh belaja drive dier)
punyalah cuaca terik gila tadi. .plaknya aku duduk dengan muka ayu si manis jelita dekat tepi track blaja kete tu sorangsorang. .
almaklumlah membe sekepala semua dah ada lesen sendirian berhad so aku je yang baru terkedek kaduk nak ambik time nie. . =.=''
oke nak dijadikan cerita aku yang sorangsorang nie naklah kononnya cari orang yang boleh diajak berborak. .well aku nie peramah gile orangnyakan so haruslah tegur menegur dengan semanis boleh. .*perasan tan tan!

oke mula2 perasaan nak menegur untuk dijadikan kawan memang gila bapak membuak dia ibarat tumpahan milo ke ladang gandum belakang rumah. .
kononnya dengan strategi permulaan kenalah senyum ala2 siti nurhaliza kan. .

mangsa pertama untuk dijadikan teman berborak setelah nampak aku senyum :: membalas dengan muka ketat plus padat && mampat. .

oke takpe aku try lagi. .

mangsa kedua setelah untuk dijadikan teman berborak nampak aku senyum manis madu :: buat buat tak nampak kewujudan si aku yang semanis madu. .

oke agak bengang di situ. .try lagi. .never give up kate omputih gitu. .

mangsa ketiga untuk dijadikan teman berborak setelah nampak aku senyum semanis kurma khas dari felda redong :: langsung tiada respon yang +ve. .

dalam hati aku jerit sekuatkuat alam "wei manusia!! kedekutnya kau!!!!!! balas senyum sikit pon tak mau !! tak nak kawannnn!!! "

aku betul2 bengang dengan segelintir orangorang yang macamtu. .

dalam hati diorang bila nampak aku yang menggayakan macam2 jenis senyum agaknya 
" kau gila apa senyum sorangsorang macam orang gila "
atau
" aku jeles tengok kau manis sangat senyum seiras siti nurhaliza, so ingat aku nak balas balik? sorry morry lah "

macam tuh kot yang diorang fikir sebab tuh lah berat sangat nak senyum balik. .
whateverlah. .
aku ikhlas kot. .hape pon tak boleh. .

susah sangat ke nak senyum?. .
berdosa ke kalau senyum balik kat orang yang ikhlas senyum kat kita?
senyum boleh buat sakit ke?

senyum kan sedekah. .
wei. .tak rugilah kalau bagi senyum kat orang walaupun bukan yang kita kenal. .
tak luak pun aku rasa duit korangkorang untuk setakat senyum yang tak sampai 1minit pun. .
benda simple, just smile je kan. .
susah ke????

ingatlah. .walau sesedih mana pun kita. .walau semarah mana pun kita. .walau se moody mana pun kita. .
senyumlah. .
sebab ALLAH bagi kita 1000++ sebab kenapa kita perlu senyum walau macam mana desperate pun situasi kita. .
&&
kalau korang nak tahu. .muka korangkorang yang bila senyum lebih cantik && manis plus nampak muda dari muka korangkorang bila seketat plus sesendat macam harimau kelaparan. . .
nak awet muda kan?? so senyum lah oke. .
renung renungkan && selamat beramal!!
adios!


amaran : jangan senyum tak tentu pasal !! bahaya !! boleh dihantar ke tanjung rambutan. .hehe

p/s; a smile only takes a moment, but the memories of it lasts forever







:: till pingu meet cadbury with sincere smile ::

:: kuatkan diri kau ::

Posted by : normazuin jamaludin at 12:57 PM 3 Comments



kiranya tiada CINTA insan untukmu
cukuplah CINTA ALLAH penyuluh hidupmu
kelak akan ada CINTA untukmu dari insan yang menCINTAI ALLAH
sebagaimana CINTAMU kepadaNYA. . .


hanya sekadar renungan bersama. .


p/s; jangan sesekali putus asa. .ALLAH mengatur yang terbaik buat kita. .insyaALLAH. .
(^_^)v


:: till pingu meet cadbury ::



euuuwww!! tangan awak berpeluh lah!!

Posted by : normazuin jamaludin at 11:48 PM 0 Comments

dengan nama ALLAH yang Maha Penyayang. .


ahah!!. .siapa yang ada penyakit kuat berpeluh kat tangan sila angkat kening sebelah kiri sekarang!!. .
waaaahhhhh~~kenapa aku sorang je yang angkat kening dengan beria nieh??. .huhu
maksudnya aku penghidap tegar ke??
ohh~ tidakkk!!!
**pengsan tergolek2 macam dapat penyakit yang giler kronik gamaknya. .
LOL~ giler punya intro. .

okeyh. .aku selalu tertanya2 macam mana boleh berpeluh kat tangan ek??
ye. .memang semua orang berpeluh kot tapi tidaklah kerap nau nye. .
nak dicerita pengalaman memang banyaklah kan sebab aku salah sorang yang terlibat dengan penyakit kuat berpeluh nie. .
ops! kat tangan je oke. .kat tempat lain still under control. .hahah. .

masalah yang aku pernah face disebabkan tangan yang berpeluh ::

1) of course lah tak confident nak bersalaman dengan orang. .tangan basah kot. .ade yang akan cakap cenggini. ."euuuwww!! tangan kau geli2 lah!!'' =.=''
2) time jawab exam yang memerlukan tulis2 yang banyak, pen sampai boleh terlucut && tulisan jadik masya ALLAH tak terkata cantiknya.
3) pantang nervous sikit tangan automatik basah macam baru lepas basuh tangan. .
4) main hoki sampai boleh tercampak kayu hoki. .sama jugak macam main badminton. .sipi2 lagi nak kena orang. .tak sengaja lah punn. .
5) pegang hanphone time bergayut yang lama kompom boleh rosak handphone sebab peluh banyak && handphone masuk air. .(gempak je)
6) the latest harituh aku pi belajar amek lesen. .kehadiran plaknya guna thumbprint. .tapi malangnya thumbprint machine tuh tak dapat detect ibujari aku yang somel nie sebab basah. .

&& banyak lagi lah yang bersangkut paut dengan nya. .

yang aku tahu nama penyakit nie dipanggil Hyperhidrosis. .faktanya penyakit nie boleh berlaku hampir 1% daripada populasi terutamanya wanita. .ouh. .akulah salah suku dari 1% tuh. .huhu~
. .
pakcik google kata nak kurangkan kena buat pembedahan kat bawah ketiak yang tempat letak peluh2 utama. .haha. .apakah??
tapi resultnya 50-50. .kemungkinan nak hilang peluh tapak tangan memang tinggi tapi kat tempat lain plak yang akan take over. .
&& banyak lagilah. .

malas nak citer pasal rawatan2 dia yang aku tak bape nak paham tuh. .
sebabnya aku redha dengan apa yang ALLAH bagi kat aku sekarang. .
mungkin ada hikmah di sebaliknya. .mana lah tau kan. .
dulu memang aku selalu mengeluh. .but now, dah get used to it. .
setiap manusia tu pasti ada kelebihan && keKURANGannya. .
&& kekurangan tuh yang buat kita lebih menghargai diri sendiri. .kan2??

so for those yang sama masalah dengan aku kuatkan semangat && take it easy oke. .
persetan apa orang kutuk or cakap euuuww2 kat korang. .
SICK is a GIFT. .so, no worries(;

adios!!


p/s; i really2 wish that my future husband yang tak dapat detect lagi sampai sekarang boleh terima kelemahan aku && tak geli pimpin tangan aku. .hukhuk. .=.=''



:: till pingu meet cadbury ::


owh langau!! pi men jauh2!!

Posted by : normazuin jamaludin at 11:44 PM 0 Comments

dengan nama Allah yang Maha Mengetahui. .

the main topic hari nie nampak sangat marah. .yeah!! that's true!!. .marah. .kecewa. .plus tak tahu dah nak kata apa. .

why ek??

why kau tanya aku??

huh!!

ni semua sebab penyokong Harimau Muda yang kononnya time MENANG disanjung tinggi. .tapi bila KALAH dikutuk kataknya mereka mereka tuh. .
ouh. .
sedih dengan sikap macam ni. .
macam2 ayat yang langsung tak membina yg sempat aku terbaca kat fb ngan twitter. .
ada juga yg kutuk habis!!
then lagi satu. .its really annoying bila time opposing team scores, ramai keluar awal kononnya takut jam plak kan nak keluar sesak2 nanti. .ouh. .that's really2 hurt. .
apalah salah nya bagi semangat & tunggu sampai habis. . .
tak luak hape pon. .
merekamereka dah buat yg terbaik atas padang tu. .apekan daya. .malam nie bukan rezeki diorang kan. .

hape pon Harimau Malaya tetap dihati!!. .
go Harimau!! korang boleh pergi jauh!!. .

‎'KITA TAK LAYAK BERSORAK KETIKA MENANG JIKA TAK MAMPU MENYOKONG KETIKA KALAH'
If You Ashamed To Stand By Your Colours, You Better Seek For Another Flag !
so 'lalang' ! pegi men jauh2 !

#selamanya selamanya Harimau Malaya !

-credit to kyna kuna


adios!!. .


:: till pingu meet cadbury ::



cakapcakap hari ini. .

Posted by : normazuin jamaludin at 1:42 AM 0 Comments

dengan nama Allah yang Maha Pengasih. .

cakap cakap hari ini -------->


that is true right??
siapa yang kata senang nak lupa orang yang pernah wujud dalam hidup kita sila angkat ibu jari kaki. .
.
.
.
.
hah tengok!!
sorang je yang angkat. .
&& orang tuh adalah orang gila yang takde perasaan kot aku rasa. .
or mungkin jiwa kacau setelah kena tinggal. .
atau mungkin otak dia dah sengal sengal ubi selepas hentak kepala kat dinding akibat dari frust yang melampau. .
ouh mungkin aku dah start mengarut. .

bagi aku. .its take almost 1 or 2 decades or the whole life to forget that such things. .
wow. . .sakit tuh. .
hehe. .
just imagine lah kan bape lama nya lahai. .


adios!!




:: till pingu meet cadbury ::

tabik springgggg!!! (^_^)v

Posted by : normazuin jamaludin at 12:30 AM 4 Comments

dengan nama Allah yang Maha Pemurah. .


alhamdulillah ya Allah. .
terima kasih Allah. .
HARIMAU MUDA memang terbaikkkkkk!!!


inilah dia barisan skuad harimau muda yang mengaum gila dahsyat kat Indonesia yang juga mengharumkan nama Malaysia di depan Indonesia yang sememangnya memandang rendah kat pasukan ini. .
wahhhh!! ini siyes bangga seyh!!

rasanya bukan aku sorang kot yang bangga kan diorang ni. .berjuta rakyat malaysia juga same macam aku skang nie. .
alhamdulillah sekali lagi. .
berbaloi aku ngadap tv sambil terangkat2 kaki yok2 macam aku yang sepak bola dengan akak kesayangan aku yang masih dalam pantang yang aku rase dia pon terlupa yang dia dalam pantang sebab ikot sama menjerit plus terangkat2 kaki. .
hahahah!!. .

lagi satu. .
ini cuma pandangan aku saje kot. .
Allah sekarang bayar cash. .
Maha Adil. .
macam mane "BAIKNYA" rakyat indonesia layan pasukan negara kita kat sane && sekarang diorang yang mendapat. .
bukan nak mengata plus mengutuk. .
tapi kenyataan. .
sedarlah wahai indonesia. .kat malaysia jugak orang2 kau carik makan. .

tapi adatlah kan. .dalam pertandingan cuma 1 pemenang && menang kalah adalah usaha sendiri && takdir dari Allah swt. .

tahniah lagi sekali kepada semua pemain Malaysia!!
KFCM, Mohd Muslim, Badrul Bahtiar && lain2. .you are the best ever!. .

rakyat mencerminkan negara!
majulah sukan untuk negara!!! yeah!! (semangat sungguh)

adios!!

p/s; jangan malam ni aku ngigau sepak bola sudahlah. .huhu~



:: till pingu meet cadbury ::



good luck!! (^_^)v

Posted by : normazuin jamaludin at 12:26 AM 0 Comments

dengan nama Allah yang Maha Pemurah. .


just short post to wish all SPM candidates ::



good luck dude!!
try your very best!!

tips ::

do;
1--study & pulun habis habisan. .
2--solat yg wajib jangan tinggal tepi jalan. .
3--doa banyak banyak kasi tenang hati & dipermudahkan. .
4--tawakal. .

don't;
1--study last minit. .
2--tension yang melampau nanti boleh hilang ape yang dah study. .
3--overconfident. .
4--tidur lambat. .
5--cek jawapan dengan kawan. .lets bygone be bygone oke. .

amalkan;
----> baca surah yassin setiap hari. .setiap kali terjumpa ayat (mubiiin) yang ada dalam yassin tuh disyorkan berhajat atau berdoa. .


lastly. .
buat yg terbaik!!
caiyokkkkk!!


:: till pingu meet cadbury ::



dislike button adalah perlu di facebook~

Posted by : normazuin jamaludin at 1:21 AM 0 Comments

dengan nama Allah yang Maha Pemurah. .

hai readers. .
jom lepak lepak. .hehe. .
lepak sambil makan choki choki nak?. .
aku ada banyak choki choki ni. .siapa nak sila angkat ibu jari kaki belah kanan!!. .hehe
eh. .alamak!! choki choki habis bro. .

oke cukup intro yang tomei. .tomei ke?hehe
macam yang kita tahu kan facebook sangat sangat lah famous sekarang ni. .
termasuklah aku jugak yang always nak tengok itu ini. .update itu ini. .
korang pon kan?

biasanya segala status yang di update mesti keluar kat wall setiap friend kita kan?
&& masa tuh jugak ada yang suka menge-like status yang di update atau apa apa lah yang boleh di like nya. .
tapi kenapa ye tak ade button or icon dislike?
memanglah ada rasionalnya tak ada icon ni. .

tapi kadang kadang kalau ada situasi macam ni----->

''status sipolan binti sipolan; haiew ape citew wargew2 fesbuk arie niew,,sayew hope semuew shart jeww. .''


ouh. .euwww. . .annoying lah baca. .tak nak baca pon sebenarnya tapi masalahnya dah ternampak kat wall kan. .
yang nie serius nak tolong dislike kan. .macam orang tak ada gigi lorhhh~


ada jugak yang macam ni ::

''status sipolan bin sipolan; ayg. .anje rindu kat ayg. .ayglah segala2 nya bagi anje. .anje syg ayg cgt2. .muah!''

ouuuhhh. .romantiknya korang! sumpah!!. .haiyoo. .tapi tak payah kot nak show off sangat kat facebook tuh. .macam korang je yang ada awek or pakwe kan??
kalau dah kahwin takpelah. .memang tak kisah sebab memang dah sah ikatan diorang tuh. .ini baru ubi nak hidup aku tengok. .esok tiba tiba putus tak ke malu sendiri. .
boleh je nak buat status macam nie tapi tapis sikit. .tak pon send mesej je sudah kat orang yg kita sayang. .tu dah cukup dah. .
fikir dulu sebelum buat status macam ni oke. .kalau ada button dislike aku orang pertama yang klik. .bukan jeles or apa tapi that's annoying lah dude. .


&& banyak lagi situasi yang rasa nak meng-dislike je status yang keluar kat wall. .
nak cerita pon annoying kot. .

ini bukan jeles or apa. .memang masing-masing punya hak nak post apa kat wall diorang kan. .
tapi aku rasa facebook sangat terbuka && semua orang akan tahu apa yang kita post. .
so apalah salahnya kita post yang elok-elok yang enak dibaca. .
tak adalah orang nak cari cari button dislike yang memang tak ada tu kan. .
engatlah ye, status yang kita post melambangkan macam mana diri kita. .

fikir fikirkanlah sendiri. .
bukan nak mengutuk sesiapa tapi cuma nak berkongsi cerita. .


engat oke. .status melambangkan diri kita so just behave in what you want to post. .


oke. .cukuplah. .
adios!!!



:: till pingu meet cadbury ::




resepi cikpingu : kek batik full of love (^_^)v

Posted by : normazuin jamaludin at 10:56 PM 0 Comments

dengan nama Allah yang Maha Pengasih

hello dear diary. .
malas nak intro panjang lebor + mengarot bagai. .
just straight to the point oke?
hehe. .

actually petang tadi rasa nak makan kek batik so try2 lah buat. .
eh2. .jadi lah pulak kan && mak abah tercinta cakap sedap && dah boleh bukak kedai kek batik. .then siap soh jual kain batik lagi tuh. .hahaha. .

jom try buat jugak!!
-
-
-
firstly sediakan bahan bahan nya lah kan ::

1) 1/2 buttercup
2) 300 gram milo
3) 1 tin susu pekat
4) biskut marrie brand tak kesah. .ape ape pon boleh. .


cara-caranya ::

1) panaskan periuk atau kuali di atas dapur (basic nih perlu mention jugak huhu)
2) masukkan buttercup dan kacau sampai cair.
3) masukkan 1 tin susu pekat manis berkrim nyum2 && still kacau sampai sebati. pastikan api  
    still on && kecil.
4) masukkan 300 gram milo && still kacau sampai lumat sebati.
5) masukkan biskut marrie yang telah di patah riuk kan jadi bentuk yg lebih kecil && 
    kuantiti biskut boleh terpulang pada empunya badan nak letak banyak atau sikit. then  
    kacau sampai sebati.
6) matikan api && masukkan adunan tadi ke dalam loyang ataupun bekas yang besar.
7) ratakan adunan dalam loyang atau bekas & masukkan dalam peti ais selama 20 ke 30 
    minit..
8) kek batik siap sedia untuk dimakan nyum2. .


okeyh. .
selamat mencuba. .

p/s; sedang makan kek batik yang semanis saya. .uhuks!! (memerasankan diri)



:: till pingu meet cadbury ::




ohhh kereta idaman. .datanglah padaku~~

Posted by : normazuin jamaludin at 11:23 PM 3 Comments

dengan nama Allah yang Maha Pengampun. .

hai . .hai. .&& hai dear diary. .
memalam yang sejuk && ditemani bunyi-bunyi katak yang tak reti penat panggil hujan nie alangkah indahnya kalau dapat memejamkan mata atas tilam yang empuk berselimutkan gebor (in jawa) @ selimutlah kan. .hehe. .
tengah dok sedap-sedap melayan perasaan sambil dengar lagu korea tetiba terberangan yang ini---------> kereta lembu idaman. . .

wahah!! ini dia kereta yang aku dok berangan-berangan kan tuh. . 
tadaaaaaa!!!!!

mini cooper cabrio


hahah!! smart tak? smart tak? smart x?
inilah yang diidam-idamkan tuh yang kononnya boleh dapat 10. .
lebih kan? tinggi cita-cita kan?. .lesen pon tak lepas lagi dah berangan mini cooper. .huh. .hampeh. .kuhkuh. .
tapi tak kesah lah kan. .mana tahu berangan-berangan tetiba jadi kenyataan. .wahh. .seronok neronok lah masa tuh kan. .aiyoo berangan lagi sudah. .
aku suka tengok kereta nie. .seriously 1st time nampak masa aku kat kolej uitm. .gila dahsyat student tuh dah pakai kereta tuh. .tapi no wonder lah sebab dia pon nampak macam loaded semacam je. .kalau kereta dia lalu sebelah aku yang hari-hari cuma jalan kaki nak gi kelas perhhhhhhhhhh tak berkelip mata tengok kereta dia. .opsss! bukan jakunis oke cuma terpegun tengok kereta idaman. .ofkoslah kan kereta aku pulak dia curik. .hahahaha. .perasan lagi. .
hope sangat malam nie aku mimpi bawa kereta mini cooper kesayangan together-gether sekali ngan mak bapak aku kat sebelah. .huhuiii. .syook gitu. .

oke stop sini. .
hanya mau berkongsi bukan mau langsi ma. .
anda pula bagaimana kereta idamannya??
hehe. .
adiosta!!


p/s; dream your dreams which a size too big and then you can grow into them. .lets go dreaming!!ahaks!!



:: till pingu meet her mini cooper ::


patut ke aku panggil kau SAHABAT @ KAWAN ??

Posted by : normazuin jamaludin at 1:36 AM 2 Comments

dengan nama Allah yang Maha Penyayang. .

hari ini cukup seminggu bertapa di rumah manis rumah setelah 2 tahun setengah bertarong mendapatkan segulung diploma. .
ouuhhh. .
sakitnya bila fikirkan segala susah payah, segala yang pahit-pahit. .
sehinggakan aku hilang seseorang yang aku panggil kawan dahulu. .tapi tidak sekarang. .
oke tak mau cerita yang ini. .

Alhamdulillah aku berjaya lepas segala susah payah itu. .
&& sekarang cuma menunggu saat-saat result exam keluar. .&& ini adalah scary oke. .
sebabnya this is my last result to make sure either aku dapat grad on time or tak mau cakap yg ini jugak. .paham2 oke. .

selama 2 tahun setengah ini juga aku dikelilingi orang-orang yg sentiasa memberi semangat selain family aku sendiri. .
bila jauh dari family tercinta. .
orang-orang ini juga yang selalu ade time susah senang. .
orang-orang ini juga yang selalu membuat aku ketawa. .
orang-orang ini juga yang menjaga aku time aku sakit. .

siapa orang-orang tu??
orang-orang itu adalah yang aku panggil kawan. .
yang aku panggil sahabat. .
yang aku panggil teman. .

walaupun kadang-kadang kita tak sependapat. .
walaupun kadang-kadang kita bermasam muka sesama sendiri . .
tapi itu tak lama. .
sebabnya kau yang aku panggil sahabat tak akan biarkan gadoh-gadoh yg dalam jangka masa yang lama. .
sebabnya kita perlukan satu sama lain. .

ada satu pepatah kata. .pepatah kot. .huhu. .boyfriend or girlfriend bila hilang boleh dicari. .tapi kalau kawan, susah nak dicari yang betul-betul boleh digelar kawan. .
kan3??
bukan nak kata boyfie or gurlfie itu tak penting bagi yang dah berpunya kan. .
hah. .camnie2. .kawan didahulukan boyfie or gurlfie diutamakan. . .ahah!! 
boleh kan?. .

terima kasih sahabat. . terima kasih kawan. .
yang sentiasa menjadikan 2tahun setengah tu lebih bermakna. .
sumpah aku sayang kamu kamu giler nak mati. .
&& aku tak akan lupakan kamu kamu walaupun kita terpaksa berpisah untuk teruskan perjuangan kita sebagai student. .

so patut ke aku panggil korang sahabat?????


ya!! sangant-sangatlah patut!!. .sebab kamu kamu sahabat aku yang tak ada gantinya oke. .


ikhlas dari hati yang tulus~~


tinggal kenangan~ going to miss all of you. .






p/s; friends are like balloon. .if you let them go, you can't get them back. .so i'm going to save you in my HEART so i was never loose you. .(^_^)v
friend till end!!




:: till pingu meet her bestfriends eva ::