resepi cikpingu : kek batik full of love (^_^)v

Posted by : normazuin jamaludin at 10:56 PM 0 Comments

dengan nama Allah yang Maha Pengasih

hello dear diary. .
malas nak intro panjang lebor + mengarot bagai. .
just straight to the point oke?
hehe. .

actually petang tadi rasa nak makan kek batik so try2 lah buat. .
eh2. .jadi lah pulak kan && mak abah tercinta cakap sedap && dah boleh bukak kedai kek batik. .then siap soh jual kain batik lagi tuh. .hahaha. .

jom try buat jugak!!
-
-
-
firstly sediakan bahan bahan nya lah kan ::

1) 1/2 buttercup
2) 300 gram milo
3) 1 tin susu pekat
4) biskut marrie brand tak kesah. .ape ape pon boleh. .


cara-caranya ::

1) panaskan periuk atau kuali di atas dapur (basic nih perlu mention jugak huhu)
2) masukkan buttercup dan kacau sampai cair.
3) masukkan 1 tin susu pekat manis berkrim nyum2 && still kacau sampai sebati. pastikan api  
    still on && kecil.
4) masukkan 300 gram milo && still kacau sampai lumat sebati.
5) masukkan biskut marrie yang telah di patah riuk kan jadi bentuk yg lebih kecil && 
    kuantiti biskut boleh terpulang pada empunya badan nak letak banyak atau sikit. then  
    kacau sampai sebati.
6) matikan api && masukkan adunan tadi ke dalam loyang ataupun bekas yang besar.
7) ratakan adunan dalam loyang atau bekas & masukkan dalam peti ais selama 20 ke 30 
    minit..
8) kek batik siap sedia untuk dimakan nyum2. .


okeyh. .
selamat mencuba. .

p/s; sedang makan kek batik yang semanis saya. .uhuks!! (memerasankan diri)



:: till pingu meet cadbury ::




ohhh kereta idaman. .datanglah padaku~~

Posted by : normazuin jamaludin at 11:23 PM 2 Comments

dengan nama Allah yang Maha Pengampun. .

hai . .hai. .&& hai dear diary. .
memalam yang sejuk && ditemani bunyi-bunyi katak yang tak reti penat panggil hujan nie alangkah indahnya kalau dapat memejamkan mata atas tilam yang empuk berselimutkan gebor (in jawa) @ selimutlah kan. .hehe. .
tengah dok sedap-sedap melayan perasaan sambil dengar lagu korea tetiba terberangan yang ini---------> kereta lembu idaman. . .

wahah!! ini dia kereta yang aku dok berangan-berangan kan tuh. . 
tadaaaaaa!!!!!

mini cooper cabrio


hahah!! smart tak? smart tak? smart x?
inilah yang diidam-idamkan tuh yang kononnya boleh dapat 10. .
lebih kan? tinggi cita-cita kan?. .lesen pon tak lepas lagi dah berangan mini cooper. .huh. .hampeh. .kuhkuh. .
tapi tak kesah lah kan. .mana tahu berangan-berangan tetiba jadi kenyataan. .wahh. .seronok neronok lah masa tuh kan. .aiyoo berangan lagi sudah. .
aku suka tengok kereta nie. .seriously 1st time nampak masa aku kat kolej uitm. .gila dahsyat student tuh dah pakai kereta tuh. .tapi no wonder lah sebab dia pon nampak macam loaded semacam je. .kalau kereta dia lalu sebelah aku yang hari-hari cuma jalan kaki nak gi kelas perhhhhhhhhhh tak berkelip mata tengok kereta dia. .opsss! bukan jakunis oke cuma terpegun tengok kereta idaman. .ofkoslah kan kereta aku pulak dia curik. .hahahaha. .perasan lagi. .
hope sangat malam nie aku mimpi bawa kereta mini cooper kesayangan together-gether sekali ngan mak bapak aku kat sebelah. .huhuiii. .syook gitu. .

oke stop sini. .
hanya mau berkongsi bukan mau langsi ma. .
anda pula bagaimana kereta idamannya??
hehe. .
adiosta!!


p/s; dream your dreams which a size too big and then you can grow into them. .lets go dreaming!!ahaks!!



:: till pingu meet her mini cooper ::


patut ke aku panggil kau SAHABAT @ KAWAN ??

Posted by : normazuin jamaludin at 1:36 AM 2 Comments

dengan nama Allah yang Maha Penyayang. .

hari ini cukup seminggu bertapa di rumah manis rumah setelah 2 tahun setengah bertarong mendapatkan segulung diploma. .
ouuhhh. .
sakitnya bila fikirkan segala susah payah, segala yang pahit-pahit. .
sehinggakan aku hilang seseorang yang aku panggil kawan dahulu. .tapi tidak sekarang. .
oke tak mau cerita yang ini. .

Alhamdulillah aku berjaya lepas segala susah payah itu. .
&& sekarang cuma menunggu saat-saat result exam keluar. .&& ini adalah scary oke. .
sebabnya this is my last result to make sure either aku dapat grad on time or tak mau cakap yg ini jugak. .paham2 oke. .

selama 2 tahun setengah ini juga aku dikelilingi orang-orang yg sentiasa memberi semangat selain family aku sendiri. .
bila jauh dari family tercinta. .
orang-orang ini juga yang selalu ade time susah senang. .
orang-orang ini juga yang selalu membuat aku ketawa. .
orang-orang ini juga yang menjaga aku time aku sakit. .

siapa orang-orang tu??
orang-orang itu adalah yang aku panggil kawan. .
yang aku panggil sahabat. .
yang aku panggil teman. .

walaupun kadang-kadang kita tak sependapat. .
walaupun kadang-kadang kita bermasam muka sesama sendiri . .
tapi itu tak lama. .
sebabnya kau yang aku panggil sahabat tak akan biarkan gadoh-gadoh yg dalam jangka masa yang lama. .
sebabnya kita perlukan satu sama lain. .

ada satu pepatah kata. .pepatah kot. .huhu. .boyfriend or girlfriend bila hilang boleh dicari. .tapi kalau kawan, susah nak dicari yang betul-betul boleh digelar kawan. .
kan3??
bukan nak kata boyfie or gurlfie itu tak penting bagi yang dah berpunya kan. .
hah. .camnie2. .kawan didahulukan boyfie or gurlfie diutamakan. . .ahah!! 
boleh kan?. .

terima kasih sahabat. . terima kasih kawan. .
yang sentiasa menjadikan 2tahun setengah tu lebih bermakna. .
sumpah aku sayang kamu kamu giler nak mati. .
&& aku tak akan lupakan kamu kamu walaupun kita terpaksa berpisah untuk teruskan perjuangan kita sebagai student. .

so patut ke aku panggil korang sahabat?????


ya!! sangant-sangatlah patut!!. .sebab kamu kamu sahabat aku yang tak ada gantinya oke. .


ikhlas dari hati yang tulus~~


tinggal kenangan~ going to miss all of you. .






p/s; friends are like balloon. .if you let them go, you can't get them back. .so i'm going to save you in my HEART so i was never loose you. .(^_^)v
friend till end!!




:: till pingu meet her bestfriends eva ::






i'm so sorry;(

Posted by : normazuin jamaludin at 1:28 AM 0 Comments

dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih. . .


lagi sekali aku meninggalkan belog kesayangan aku ni sorangsorang. . .
ouuuhhh. .
so saaddd. .
tengok!! dah bersawang dah dia. .siap ada sarang kerengga lagi. .
huuu~ i'm really really sorry because has bees abandoned you for a long time. .
please forgive me oke. .
i will try to be good owner to you. .

oke cukup. .dia dah tak merajuk dah. .
hahaha. .

i'm back!!
lama betul aku tak mengepos apeape kat sini. .
busy with my final year lah beb. .
&&
now dah abes dah segala ke-suffer-an. .
alhamdulillah. .
mintakmintak dapat result yang baikbaik saja. .
doakan juga~~

oke esok sambung lagi cerita. .
now time to sleep. .
selamat malam dunia (^_^)v

adios!


p/s; belog dah siap di clean up & di make up bagi santek macam tuannya. .hahahaha





:: till pingu meet cadbury again & again ::







ohhh~~kaum hawa sekalian umat

Posted by : normazuin jamaludin at 1:26 AM 3 Comments


hawa,
andai engkau masih remaja, jadilah remaja yang solehah buat kedua ibubapamu.
andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu.
andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Ad-Din ALLAH.

hawa,
andai engkau belum berkahwin, jangan risau jodohmu.
ingat janji ALLAH,,lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
jangan dimulakan pertemuan dengan lelaki bukan muhrim kerana dikhuatiri dari mata jatuh ke hati, maka lahirlah senyuman, tercetuslah salam & sekaligus disusuli dengan pertemuan. takut nanti lahir nafsu kejahatan yang menguasai diri.

hawa, 
lelaki yang baik tidak memandang paras rupa.
lelaki yang soleh tidak memilih keseksian.
lelaki warak tidak menilai keayuan serta kemampuanmu yang menggoncang imannya.
tetapi. .dia menilai akhlak, peribadi & yang penting adalah agamamu.

hawa,
lelaki yang baik juga tidak ingin pertemuan dengan bukan muhrim.
kerana takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
lelaki yang baik juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu matlamat dalam pertemuan lelaki & wanita iaitu sebuah perkahwinan.

oleh itu hawa,
jagalah pandanganmu. .awasilah auratmu. .
peliharalah akhlakmu. .kuatkan pendirianmu. .
andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta dengan ALLAH memenuhi kekosongan jiwamu.
biarlah cinta kedua ibubapamu memberi hangat kebahagiaanmu.
cukuplah sekadar cinta keluarga & sahabat sahabatmu.


perkongsian bersama~~
sama sama kita renungkan ye wahai hawa sekalian umat. .
nobody perfect including me myself. .







:: till pingu meet cadbury di hari raya ::

dugaan di bulan ramadhan. .dugaan. .dugaan

Posted by : normazuin jamaludin at 9:28 PM 1 orang makan cadbury

salam ramadhan!!

again!!. .long time no see lah. .
ahah. .

okeyh. . hari nie dah masuk ramadhan ke-15. .
maksudnye raya dah nak dekat!! woooohoooo!!
teruja dengan beria sekejap!!
tahniah kepada sesiapa yg masih cukup puasanya ye. .yang tak cukup paham pahamlah. .no raya raya. .dok uma dendiam!!ahaks!!

okeyh. .sepanjang aku puase selama 15hari nie. .aku dapat detect something yang menjadikan diri aku lemah longlai sampai nak pengsan bila adanya dugaan dugaan yang tak sepatutnya. . (alasan nak puasa sekerat hari macam kecik2 dulu) huhuii. . 

dugaan 1 :
rancangan masak masak kat tv. .
hui yg nie mang xboleh blah. .time2 puasalah baru macam macam rancangan masak masak nak kuor kat tv. .ketukketuk ramadhan lah. .kuali oh kuali lah. .10 rasa 100 rasa lah. .hampeh. .nak masak yang nampak lazat je gamaknye. .wahhh~ terliur lorh!!
dugaan~~

dugaan 2 :
cuaca yang panas terik. .
yang nie betul betul dugaan. .saat saat aku kena kerahkan diri bila tengahari buta ade kelas. .waduh. .pakai payung pon boleh tembus lah panasnye. .time tulah terbayangkan air yg lazat lazat seperti soya cincau yang berais ais sampai mengalir lembut. .hufffsssttt!!
dugaan ya ALLAH. . .

dugaan 3 :
bazar ramadhan. .
yang ni sumpah tak tahan. .ya ampun. . .dugaan nya bila pegi bazar ramadhan yang berderet deret lah kedai kedai yang jual makanan yang enak enak bau nya sampai rasa macam nak rasa time tuh jugak. .bukan tuh jer. .bila nampak uncle hensem jual air yg bermacam2 jenis huiiii rasa macam nk wat muka comel kejap mintak simpati supaya uncle ensem tuh bagi rasa setiap air yg dia jual. .huh~nasib baik puasa ler. .
dugaannn~~

dugaan 4 : 
bila perot lapar tetiba. .
aduhai ya ampun. .ini selalu jadi kat aku sendiri. .
lagi lagi time time dah start petang && masa tuh aku still dalam kelas yang sangat sangatlah boringgg~~bila lapar mulalah pikir nak buka apa. .nak masak apa. .pikir nak yang gempak gempak jer cthnye macam nak makan Mcd Chicken Mc Deluxe lah (penggila mcd) , chicken chop lah. .siap lukis2 kat buku lagi nak hilangkan lapar yang melampau tuh. .
dugaan nyeeee~~

oke cukup. .
sebenarnya memang berlambak lambak lagi yang nak disenaraikan sal dugaan dugaan nie. .
tapi xpew. .lain tahun citer lagilah okeh. .
walau bermacam dugaan yg datang time2 nak mencukupkan puasa sebulan. .
kita tetap berjihad nak tunggu sampai maghrib. .
kan kan kan. .
ape susah. .malam top up lah makan banyak2. .ye x??
hahahahah. .
jgn ade yang terbuka time puasa pulak sudah lah. .

orait. .penat sudah. .
adios!!

p/s: puasa memerlukan kesabaran yang tahap babun punya. .so. .be strong with all the ''dugaan-dugaan diatas ye" hehe. .fighting!!



:: till pingu meet cadbury ::

 


jom lunch kat McD sok??

Posted by : normazuin jamaludin at 1:39 AM 2 Comments

annyeong !!

jom lunch kat McD sok?? makan Chicken Mc Deluxe nak?? ke nak makan GCB??
eh!!
mana boleh!!
esok puasa lah awak!!
nanti kena cekop sebab tak puasa && makan dikhalayak ramai. .ish2. .malu je. .xmo2. .
hahahaha~
mengong di malam hari. .
just joking okeyh!!
esok mestilah kena puasa. .
walaupun tak cukup sebulan tapi semangat gile nak puasa..
mau taknye. .xpuasa xboleh raya lah. .kan2??
anak sedara aku pon tahu lorh. .

okeyh entri kali ni just nak wish kat semua orang yang bergelar MUSLIM ----->

semoga harihari puasa kita diberkati ALLAH. .insyaALLAH. . .
semua orang tahu kot yg bulan Ramadhan ni adalah salah satu bulan yang sangat mulia dimana kita semua boleh menebus dosadosa dengan banyakbanyak beramal mase bulan ni. .
time nilah kita nak topup balik kita punya dosa dengan pahala yg berganda insyaALLAH bila kita banyak2 baca Al-Quran, pi wat Terawih. .
ishh. .banyak ar hikmahnya. .siyesly. .
so moh2 ler kita rajinrajinkan diri && tanam kan azam puasa tahun ni puasa yang lebih bermakna berbanding tahun sebelumnya. .
ish macam ustazahlah pulak kan. .haha~
tak salah kan samasama engat2kan. .
okeyh cukuplah. .semmmpuuuuttttt~~
huhu~~

hah!! lagi 1 yang amat2 lah penting!!
puasa bukan je tahan makan && minum okeyh!!
kita jugak kena tahan mulut kita dari cakap benda2 xelok. .
tahanlah sebulan. .pastu nak sambong sambonglah. .hahaha. .
bukan mulut je k. .mata && telinga juga. .
so pandai2 lah. .
jangan korang tutup semua pakai purdah bagai. .
seram pulak kang. .
hahahahah~~

okeyh. .
hape pon selamat beramal lah ye && renungrenungkan!!
assalamualaikum~~
daaa..




p/s; jangan curicuri minum air paip oke?? huhu~~ (pengalaman)





:: till pingu meet cadbury ::